Gambar sekadar hiasan
Polis menemui mayat lelaki tanpa kepala di dalam sebuah bilik hotel pada 2 Julai lalu dan kini masih mengesan suspek pembunuhan.
Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan
Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Dua Bayinya & Mayat Disimpan Dalam Peti Sejuk
Seorang individu dilihat bersama mangsa
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan laporan The Japan Times, kejadian tersebut berlaku di Sapporo, di utara pulau Hokkaido, Jepun dengan menyaksikan penemuan mayat lelaki yang dikenalpasti identitinya sebagai Hitoshi Ura.
Menurut penyambut tetamu hotel, pada 1 Julai lalu mangsa dilihat memasuki hotel tersebut bersama seorang individu pada pukul 10.50 malam.
Kira-kira tiga jam kemudian, mangsa dipercayai berada di dalam bilik bersendirian selepas penyambut tetamu berkenaan melihat individu tersebut meninggalkan hotel terlebih dahulu.
Keesokan harinya, polis menemui mangsa dalam keadaan telanjang di dalam tandas dan kepalanya telah dipenggal. Punca kematian adalah kerana kejutan hemoragik.
Menurut detektif di Balai Polis Sapporo Chuo, Daiki Kanamori berkata individu yang dilihat bersama mangsa itu memiliki badan bersaiz kecil dan dia memakai topi berwarna hitam, berpakaian gelap serta membawa beg pakaian yang besar.
Siasatan sedang berjalan. Kami cuba mengumpul maklumat sebanyak mungkin dengan harapan ia akan membawa kepada penahanan suspek.
Dalam pada itu, polis menyatakan bahawa telefon bimbit dan barang-barang peribadi mangsa turut dilaporkan hilang manakala kereta mangsa pula ditemui di tempat letak kereta pada 4 Julai lalu.
Sumber: South China Morning Post