berita

Mayat Manusia Diheret, Ditemui Dalam Mulut Buaya

September 25th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, seekor buaya berukuran 4.27 meter, ditemui mengheret mayat manusia menggunakan mulutnya.

Artikel Berkaitan: Mayat Nelayan Ditemui Dalam Perut Buaya 800kg, Anggota Badan Terpisah

Artikel Berkaitan: Hilang Ketika Mencari Siput, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Perut Buaya

Ada badan manusia dalam mulut buaya

Menerusi laporan Unilad, kejadian berlaku pada Jumaat lalu, di Largo, berhampiran dengan Tampa, Florida.

JaMarcus Bullard, yang sedang keluar memancing di tasik berhampiran rumahnya ternampak haiwan itu mengheret badan manusia.

Saya perasan ia mempunyai badan di dalam mulutnya, seperti bahagian bawah badan. Jadi sebaik sahaja saya menyedari perkara itu, saya terus memanggil bomba.

Mereka mengesahkan ada mayat.

Bullard mengatakan dia bimbang sekiranya mayat itu adalah kanak-kanak kerana kawasan itu berhampiran dengan sekolah dan mereka sering datang ke tasik ini setiap hari.

Namun, setakat ini, ia masih tidak dapat dipastikan sama ada mayat itu mati akibat serangan buaya ataupun sebab lain.

Susulan itu, kawasan terbabit ditutup oleh pegawai dari Pejabat Syerif Daerah Pinellas bagi memberi laluan polis dan bomba menjalankan tugas mereka.

Seorang lagi warga tempatan, Jennifer Dean, berkata bahawa orang ramai telah berkumpul sebelum beberapa tembakan kedengaran.

Sumber: Unilad

SKIP THIS AD ×