berita

Mayat Nelayan Ditemui Dalam Perut Buaya 800kg, Anggota Badan Terpisah

July 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

dibaham buaya

Pencarian seorang nelayan yang dipercayai hilang sejak Rabu lalu berakhir selepas mayatnya ditemui di dalam perut seekor buaya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Reda Anak ‘Diratah’ Buaya, Bapa Berhasrat Nak Jumpa Anak Di Syurga – ‘Tuhan Lebih Sayangkan Dia’

Mayat dalam perut buaya

dibaham buaya

Mayat mangsa, Addi Bangsa ditemukan selepas perut reptilia yang seberat lebih 800 kilogram itu dibelah oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah. Semua anggota badan berada di dalam perut haiwan itu namun dalam keadaan terpisah.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keempat selepas mangsa, 60, dilaporkan hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya untuk menangkap ikan kira-kira jam 4 pagi.

Pada hari keempat, pihak kami dimaklumkan bahawa JHL telah menemui seeor buaya jantan yang dipercayai membaham mangsa dan haiwan itu ditembak kira-kira jam 3 pagi Ahad.

Mayat mangsa telah disahkan oleh ahli keluarga.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×