Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan dalam keadaan membusuk ditemukan di tepi tol di Jagorawi, Indonesia pada 18 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: Gadis 14 Tahun Dibunuh, Dicincang & Daging Dijadikan Inti Kebab
Artikel Berkaitan: Wanita Maut Disyaki Ditikam Bekas Suami Di Rumah Sewa
Mayat tepi tol
Memetik laporan Metro TV News, mayat tersebut ditemukan oleh seorang petugas Jasa Marga ketika melakukan pemeriksaan keadaan jalan raya di tol berkenaan yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kampung Rambutan, Jakarta Timur.
Difahamkan, petugas terbabit berasa curiga selepas terhidu bau busuk dari kilometer tujuh dan terkejut apabila melihat terdapat mayat yang sudah membusuk.
Pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian telah membawa mayat mangsa ke pusat perubatan untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca kematian.
Sumber: Metro TV News