berita

Media Prima Anjur Klinik Didik SPM & PKSK, Bantu Pelajar Raih Keputusan Cemerlang

August 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad buat julung kalinya akan mengadakan Klinik Didik untuk  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Klinik Didik SPM & PKSK

 Emilya Ab Rahim, Pengurus Besar ntv7

Menurut Pengurus Besar ntv7 iaitu Emilya Ab Rahim, klinik anjuran RTMP ini mengandungi dua kategori iaitu Klinik Didik SPM dan Klinik Didik PKSK.

Tambahnya lagi, klinik yang dikendalikan oleh guru berpengalaman ini dapat membantu para pelajar mengatur strategi yang berkesan dan memberi pendedahan dalam menjawab peperiksaan bagi subjek teras iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik (SPM) manakala Bahasa Melayu, Matematik dan Sains (PKSK).

Dapat membantu pelajar menjawab soalan dengan lebih baik lagi dan memberi pendedahan berkenaan format peperiksaan, teknik menjawab soalan. Kita ada sediakan juga maklumat terkini mengenai pemarkahan.

Pelajar turut diberi himpunan soalan analisis SPM dan PKSK yang terdahulu bagi membantu mereka merancang pembelajaran dengan lebih teratur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPTN dan Primeworks Studios, Nini Yusof, berkata Klinik Didik itu diadakan bagi membantu pelajar mempersiap diri dari segi minda dan fizikal, berkongsi teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul dan mudah serta membina keyakinan diri bagi menempuh peperiksaan penting ini.

Walaupun program yang diaturkan amat padat dari jam 8 pagi sehingga 6 petang, namun ia diselang-seli dengan aktiviti supaya pelajar sentiasa segar, aktif dan bertenaga untuk mengikuti sesi seterusnya.

Diadakan di Lembah Klang

Setakat ini, Klinik Didik hanya diadakan di dua lokasi di Lembah Klang iaitu di New Straits Times Press (NSTP) Balai Berita, Bangsar pada 26 Ogos dan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 9 September bagi Klinik SPM. Manakala Klinik PKSK akan diadakan di NSTP Balai Berita pada 2 September dan di UPM pada 16 September.

Selain pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini, pelajar Tingkatan Empat turut digalakkan menyertai Klinik Didik SPM.

Bayaran sebanyak RM200 akan dikenakan dan setiap pelajar akan mendapat makanan, sijil penghargaan, modul dan cenderahati.

Untuk penyertaan Klinik Didik SPM dan PKSK boleh layari laman web www.buletintv3.my/klinikdidik

Cara pendaftaran

SKIP THIS AD ×