berita

Media Prima Raih 5 Anugerah Media Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara

February 25th, 2022 | by Wan
Kini Trending

Media Prima Berhad telah menerima lima anugerah di malam apresiasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini. Anugerah Media Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara -anugerah yang diterima adalah sebagai penghargaan kementerian tersebut kepada pengamal-pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Dua kategori media

Anugerah Media JKKN 2021 ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Media Prima Berhad telah menerima dua kategori anugerah iaitu menerusi Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Kategori Media Cetak Terbaik 2021.

Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 telah diberikan kepada program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam (BK) dan program hiburan sensasi Melodi yang telah diwakili oleh Mohd Rose Abdullah. Sementara Kategori Media Cetak Terbaik 2021 diberikan kepada Pengarang Rencana Harian Metro iaitu Hartini Mat Nawi dan wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus. Masing-masing telah membawa pulang Plak dan Sijil Penghargaan dari JKKN.

SKIP THIS AD ×