![[VIDEO] ‘Cemburu Tengok Pasangan Lain..Saya Lebih Kepada Menjaga Anak, Sebab Itu Saya Bertahan’ – Azar Azmi](https://asset.ohbulan.com/2026/04/azar-azmi.jpg)
Selepas sekian lama menyepi, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil berkongsi pengalamannya termasuk isu rumah tangga dan kontroversi yang pernah menimpa dirinya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Jurusolek Jumpa Azar Azmi Secara Kebetulan, Hampir Menangis Dengar Kisah Hidup – ‘Dia Cerita Kenapa Hilangkan Diri’
Artikel Berkaitan: Anak Saudara Dedah Azar Azmi ‘Resign’ Dari Berlakon, Nafi Sudah Berkahwin – ‘Masa Raya Atau Kenduri Je Dia Muncul’
Penjelasan Azar Azmi
Menerusi sedutan temu bual eksklusif bersama Melodi, Azar atau nama penuhnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 35, berkongsi situasinya selepas dibebaskan bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran yang membabitkan kerugian RM1.5 juta.
Pelakon drama Nur itu mengakui pandangan sinis masyarakat terhadapnya sedikit sebanyak mencalarkan namanya. Malah ada segelintir individu yang tidak senang melihat dia dibebaskan daripada tuduhan tersebut.
Orang akan cakap ‘kau ini cakap saja’. Saya telah direman, disoal siasat dan saya ikut segala prosedur, tiada yang terkecuali.
Saya di sini pun ada individu-individu yang tak puas hati macam mana boleh keluar dan terlepas. Entahlah, mungkin kesilapan saya sebab terlalu percaya dekat orang.
‘Dibandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu’
Mengimbas detik hitam ketika berada dalam tahanan, Azar berkata ketika itu dia hanya mampu memanjatkan doa agar anak-anaknya sentiasa dilindungi.
Gambar terpampang macam itu, tangan dah ada ‘gelang’. Itu paling teruk dalam kehidupan saya. Tak pernah terbayang dan terfikir satu hari saya ke situ.
Saya tiada sesiapa, tak ada tempat bercakap dan mengadu. Cuma ada dinding dan jeriji.
Saya berdoa tolong lindungi darah daging saya sebab saya tak boleh buat apa dekat dalam. Saya cukup menjaga nama keluarga.
Bercakap mengenai rumah tangga, Azar mengakui mengimpikan keluarga bahagia sehingga akhir hayat, namun dugaan hidup memaksanya bertahan demi anak-anak.
Saya tak tahu tapi nak bandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu.
Saya lebih kepada menjaga anak-anak, sebab itu saya bertahan. Saya mengimpikan keluarga yang tak nak gagal. Biarlah sampai mati tapi saya pun tak sangka benda jadi macam ini.
Sumber: Melodi






