

Selepas terkait dengan dakwaan memukul wanita, media sosial pelakon kontroversi Ammar Alfian diserang warganet yang rata-ratanya melempiaskan rasa marah terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita
Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Jadi Mangsa P*kul Pelakon Berbadan Sado – ‘Aku Pengsan, Kau T*mpar Pula Paksa Aku Untuk Bangun’
Netizen lempiaskan rasa marah

Menerusi tinjauan OhBulan!, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal selepas mengetahui aktor itu terpalit dengan kontroversi memukul wanita yang dipercayai bekas kekasihnya.
Menjengah ke ruangan komen, sesetengah warganet berang dengan tindakan Ammar dan mengatakan ia adalah perbuatan terkutuk.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul sewaktu menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa itu menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.
Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu pelakon Puteri Sarah pada tahun 2011.
Komen netizen

Sumber: Instagram








