berita

Mega! Showcase ‘An Intimate Evening With Syafeek Ikhwan’ Berjaya Pukau 300 Penonton, Peminat Mahu 2.0!

October 24th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Syafeek Ikhwan meluahkan rasa syukur sebaik sahaja selesai melakukan showcase ‘An Intimate Evening with Syafeek Ikhwan’ pada hari Sabtu yang lalu.

Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Kena Gangguan Seksual Dengan Kaum Sejenis, Sanggup Bayar RM10k – ‘Saya Nak Bayar Abang Boleh Tak?’

Artikel Berkaitan: Rumah Keluarga Dipecah Masuk, Syafeek Ikhwan Rugi Lebih RM10k – ‘Dia Lalu Tepi Katil Ibu Abah, Nasib Baik…’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Orang Bodoh Yang Akan Umum Sebelum Simpan Bukti’ – Syafeek Ikhwan Bakal Saman Pemfitnah?

Artikel Berkaitan: Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga

20 lagu 5 segmen

Menurut Syafeek, impiannya untuk mengadakan persembahan secara solo akhirnya menjadi realiti meskipun ia bukan berskala besar.

Saya sangat-sangat bersyukur sebab dah selesai showcase tersebut. Gembira sangat sebab impian untuk adakan persembahan solo jadi realiti. Walaupun bukanlah berskala besar, tapi untuk penyanyi baru macam Syafeek, ini permulaan yang sangat baik. Saya sangat bangga dengan team saya. Tanpa mereka tak mungkin showcase ini dapat dilaksanakan.

Ujar pelantun suara ‘Lafaz’ ini lagi, dia berharap showcase yang dilakukan itu dapat membuka ruang yang lebih luas untuk kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi selepas ini.

Berbicara mengenai persiapan, jumlah lagu dan proses penjualan tiket, Syafeek memberitahu pada mulanya dia berasa sangat mencabar untuk menjual tiket showcase tatkala ramai artis-artis besar turut mengadakan konsert pada bulan ini. Namun, berkat kerjasama ‘Geng Syafeek’ dan peminat membuatkan mereka berjaya menjual kesemua tiket.

Awalnya memang risau, sebab siapalah Syafeek nak buat showcase, siap jual tiket pula. Tapi kita tak boleh buat show percuma sebab kami tak dapat sebarang sponsorship. Plus dalam musim artis-artis besar mengadakan konsert, Syafeek memang rasa challenging untuk penuhkan dewan walaupun hanya dewan kecil.

Tapi Syafeek sangat bersyukur kerana ada team GengSyafeek yang sangat banyak membantu. Mereka tidak putus-putus membantu dari segi marketing dan hebahan tentang showcase ini.

Selain itu sokongan dari Nur’Ain Events Management Entertainment juga banyak membantu kami. Syukur, Alhamdulillah, full house malam itu dengan kapasiti hampir 300 orang.

Syafeek berjaya buat persembahan selama dua jam. 20 lagu Syafeek nyanyi dan ia terbahagi kepada 5 segmen. Memang sangat seronok apabila melihat tetamu yang hadir berhibur sepanjang showcase tersebut berlangsung.

Diusik sama ada mahu atau tidak mengadakan showcase sebegini lagi pada masa akan datang, Syafeek atau nama sebenarnya Muhammad Syafek Ikhwan Ghazali, 35, terus menjawab dia mahu melakukannya lagi.

Nak! Malah ada yang suruh saya buat “An Intimate Evening with Syafeek Ikhwan 2.0”. Tapi Sayfeek sedar diri. Tak boleh terburu-buru. Kena kuatkan dulu nama dalam industri supaya kami dapat beri yang lebih baik untuk showcase akan datang. Doakan Syafeek.

Bantu pejuang kesihatan mental

Diminta untuk mengulas mengenai kerjasama dengan Krayon iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang membantu masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan mental dan pendidikan, Syafeek memberitahu dia bekerjasama dengan ngo tersebut sekitar awal tahun ini.

Mereka approach Syafeek untuk jadi duta mereka. Mungkin mereka nampak Syafeek berkemampuan dalam menyampaikan sesuatu mesej dengan cara tersendiri memandangkan Syafeek juga seorang pengacara.

Syafeek bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka memandangkan misi dan visi Krayon adalah untuk membantu pejuang-pejuang kesihatan mental di negara kita yang Syafeek rasakan mereka ini wajar dibantu, dalam kapasiti yang kita ada.

Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya mengenai perkembangan karier Syafeek. Ujar Syafeek, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebagai pengacara untuk sebuah rancangan pendidikan yang santai sebanyak 13 episod di sebuah stesen televisyen tempatan.

Rancangan pendidikan 13 episod itu akan ditayangkan bermula hujung Disember nanti. Syafeek juga baru siapkan sebuah lagu yang Syafeek hasilkan dengan seorang rakan. Kami rancang untuk release lagu itu awal tahun hadapan. Lagu ini belum ada tajuk dan dihasilkan daripada kisah peribadi Syafeek yang ditinggalkan tanpa sebarang closure beberapa tahun dulu, sehingga Syafeek mula kemurungan waktu itu.

Syafeek percaya ramai boleh relate dengan lagu itu nanti kerana ramai yang pernah melalui situasi serupa. Syafeek harap suara hati Syafeek dalam lagu itu dapat dirasai oleh pendengar dan mereka akan suka dengan lagu itu.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×