berita

Melangkah Lincah Dengan Kasut Vintage Yang Menarik!

September 25th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Vintage sebenarnya lebih mengacu kepada sesuatu yang sudah tua, oldstyle, gaya kuno, masa lalu, sesuatu yang usang dan berumur. Namun, kelihatan ramai golongan remaja kian terpesona dengan barangan lama kerana bagi mereka ia mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Selain dari itu, jenis fabriknya juga sukar didapati serta potongan gaya kasut yang berbeza daripada fesyen sekarang. Kini, Ohbulan mempamerkan fesyen kasut vintage yang dapat dikombinasikan dengan fesyen moden terkini bagi mencipta imej segar pada si cantik.

Himpunan kasut bercirikan vintage ini mampu menyerlahkan penampilan ceria, mudah, santai dan kasual. Selain mengutamakan ciri-ciri keselamatan, kehadiran tali di hadapan juga memberi erti ketangkasan kepada si pemakai yang kerap bergerak aktif.

Melangkah lincah dengan sepatu bertali yang didatangkan khas daripada pelbagai rona warna menarik serta diperhalusi dengan jahitan kekemasan yang memberikan sentuhan memukau pada si pemakai.

Bagi si cantik yang mementingkan fesyen yang stailista, penggunaan kasut ini mampu dikombinasikan dengan aksesori, beg tangan dan busana yang menarik untuk menyuntik penampilan ceria, funky dan feminin.

Berikut merupakan foto kasut vintage terbaik yang mampu menyerlahkan personaliti anda :

SKIP THIS AD ×