berita

Melayang RM8k! Ibu Terkejut Anak 2 Tahun Borong Barang Dalam ‘Troli Online’– ‘Tahu-Tahu Barang Sampai Rumah’

January 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sudah menjadi kebiasaan buat penggemar membeli-belah secara atas talian, mesti korang akan memilih dahulu barang apa yang korang minat dan menambahkan barangan tersebut ke dalam troli atau ‘add to shopping cart’. Ya lah, kadang-kadang barang yang kita minat harganya mahal jadi kita kena tunggu masa sesuai untuk membeli, betul tak?

Terkejut banyak barang sampai rumah

Foto: New York Post

Sama seperti seorang wanita dari Amerika Syarikat ini mengakui telah menambahkan beberapa barangan perabot yang diminatinya ke dalam troli aplikasi membeli-belah, Walmart. Tetapi siapa sangka, lain pula yang jadinya!

Menurut wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Madhu Kumar, mereka sekeluarga baru sahaja berpindah ke rumah baharu jadi banyak barangan yang diperlukan terutamanya perabot. Oleh hal demikian, dia mula mencari beberapa barangan perabot dan menambahkan ke dalam troli. Bagaimanapun dia masih belum membayar kesemua item tersebut.

Rupanya anak ‘borong’ sampai RM8k

Foto: New York Post

Tetapi apa yang menghairankannya, satu demi satu barangan perabot sampai ke rumahnya. Madhu yang keliru dengan situasi itu kemudian bertanya kepada suami dan dua anaknya sama ada mereka ada membeli barangan tersebut atau tidak tetapi mereka menafikannya.

Rupa-rupanya itu semua kerja si anak bongsu Madhu Kumar yang baru berusia dua tahun iaitu, Ayaansh. Difahamkan, Ayaansh telah bermain dengan telefon pintar ibunya dan tanpa sengaja telah memesan kesemua barangan di dalam troli ‘shopping online’ yang berharga hampir AS$2,000 (kira-kira RM8,373.00).

Dia pergi ke troli dan tekan semua barangan yang ada di situ dan terus buat bayaran. Ayaansh sangat suka dengan telefon pintar kerana dia selalu tengok adik-beradiknya bermain dengan gajet tersebut. Saya rasa dia perlukan telefon pintar.

Susulan daripada insiden itu, pihak pengurusan Walmart dikatakan akan membayar semula wang kepada Madhu Kumar sekiranya mereka memulangkan semula barangan tersebut. Suami Madhu, Pramod Kumar berkata insiden ini memberi pengajaran kepada mereka supaya lebih berhati-hati dan mengunci telefon bimbit serta memadam maklumat kad kredit di aplikasi membeli-belah.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×