Gambar sekadar hiasan
Pihak polis berjaya menyelamatkan seorang pembantu rumah warga asing selepas menerima laporan dia didera oleh majikannya.
Artikel Berkaitan: Pembantu Rumah Dipenjara, Padah Gigit Bayi Enggan Tidur
Artikel Berkaitan: Dipukul Dengan Rantai Basikal & Dibakar Guna Seterika 10 Tahun Lalu, Pembantu Rumah Menang Pampasan RM476k
Disyaki jiran
Seorang lelaki tempatan yang merupakan jiran majikan pembantu rumah tersebut bertindak membuat aduan kepada pihak polis pada 23 April lalu jam 12.50 tengah hari selepas mengesyaki jirannya mendera wanita itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisoner Amihizam Abdul Shukur, pembantu rumah tersebut dipukul, ditampar dan dicederakan oleh majikannya menggunakan seterika pada bahagian tangan.
Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati wanita warga asing berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan serius iaitu melecur hampir seluruh badan dan lebam di kedua-dua mata serta muka.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu di rumah berkenaan selama hampir setahun enam bulan menyatakan sering dipukul, ditampar dan pernah dicederakan oleh majikannya di bahagian tangan dengan seterika.
Susulan itu, beliau memaklumkan bahawa wanita warga asing tersebut telah ditempatkan di rumah perlindungan setelah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Suspek dalam kes ini yang juga majikan mangsa iaitu pasangan suami isteri berusia 34 dan 33 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok (Jumaat) untuk dituduh di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Dalam pada itu, bahan bukti yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi mencederakan mangsa turut dirampas bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro