berita

Meluat Tengok Orang Melayu Cakap BM Tapi Buat Slang Mat Salleh, TMJ Tegur Anak VVIP?

September 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

TMJ

Foto: Tunku Mahkota Johor

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerusi Instastory memberi teguran ‘sinis’ kepada individu yang seolah-olah malu dengan penggunaan Bahasa Melayu ketika berkomunikasi.

Artikel Berkaitan: ‘Hanya Fikir Kepentingan Peribadi & Ada Juga Nak Kejar Publisiti…’ – TMJ

Artikel Berkaitan: Janji Beri Yang Terbaik, TMJ ‘Offer’ Nak Urus Skuad Harimau Malaya

Artikel Berkaitan:Ditegur Konon Tak Hulur Sumbangan Macam Syed Saddiq, Sekali TMJ Tunjuk Semua ‘Bukti’….

‘Orang Melayu cakaplah betul-betul’

TMJ_Beri teguran

Foto: Tunku Mahkota Johor

Menerusi Instastory tersebut, Baginda memberikan teguran kepada anak-anak orang kenamaan supaya bertutur menggunaan Bahasa Melayu tanpa mencampuradukkan dengan mana-mana loghat bahasa asing. Ujarnya lagi, seseorang itu perlu sedar akan asal usulnya dan menggunakan Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin.

Anak-anak orang berada ni or so called VVIP. Cakap Melayu cakaplah betul-betul. Kau ni semua orang Melayu. Bukan orang putih. Ini cakap Melayu nak ada slang mat salleh pulak. Aduh, orang yang ada darah mat salleh ni pun tak cakap Melayu pelat-pelat.

Duduk luar negara 12 tahun Australia dan India. Tak ada pun balik cakap Melayu ada slang Australian atau Indian. Macam mana rakyat nak faham? Hancur. Turunlah balik kepada bumi yang nyata.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ‘nasihat’ tersebut ditujukan kepada siapa. Terdahulu, TMJ menjelaskan Baginda berasa sedikit letih dan sedang memikirkan sama ada ingin terus mengendali atau meninggalkan pasukan juara Liga Super Johor Darul Takzim (JDT) .

Instastory penuh

TMJ_teguran

 

Sumber: Tunku Mahkota Johor

SKIP THIS AD ×