berita

‘Melur Untuk Firdaus’ Bikin Anna Jobling Paling Dicari Dalam Google 2022

December 13th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon, Anna Jobling tersenarai sebagai personaliti yang memperoleh carian tertinggi di Google Malaysia bagi tahun 2022.

Artikel Berkaitan: Drama Melur Untuk Firdaus Sampai Ke Penghujung, Peminat Dah Minta Musim Kedua

Artikel Berkaitan: Saya Bermula Dari Bawah, Tak Tumpang Populariti Meerqeen – Anna Jobling

Artikel Berkaitan: Miliki Raut Wajah Jelita, Anna Jobling Antara 100 Tercantik Di Dunia

Personaliti paling dicari

Memetik Harian Metro, Anna akui terkejut apabila namanya diumum sebagai individu carian paling tinggi iaitu menduduki tangga ketujuh dalam Google, tahun ini.

Saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian di Google Malaysia untuk sepanjang tahun ini.

Menurut Anna, kejayaannya ini disebabkan oleh fenomena Melur Untuk Firdaus yang menyebabkan namanya menjadi perhatian ramai. Malah, dia percaya carian yang dilakukan rakyat Malaysia itu adalah perkara yang membabitkan karier seninya.

Saya yakin carian ini adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, selain sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.

Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya.

Dalam pada itu, aktres jelita berusia 22 tahun ini juga berterima kasih kepada platform carian tersebut kerana memberi peluang kepada dirinya untuk lebih dikenali oleh masyarakat.

Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.

Sementara itu, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata segala perancangan berkaitan kariernya yang direncanakan oleh pihak pengurusan boleh dikatakan kesemuanya berjaya dan dia kini dalam perancangan untuk melebarkan sayap ke negara seberang pada tahun 2023.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×