Rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama baru-baru ini.
Menerusi laporan New Straits Times, Datuk Yusof Haslam memberitahu dia enggan mencampur tangan urusan rumah tangga anak menantunya.
Tidak tinggal bersama
Saya tak tahu mengenai hal rumah tangga mereka. Biar Syamsul dan Sarah yang memberikan kenyataan. Lagipun benda ni terlalu peribadi. Mereka berdua tidak tinggal bersama saya kerana mempunyai rumah sendiri.
Menurut Datuk Yusof Haslam, dia tidak berhak mengulas lebih lanjut mengenai hubungan anak dan menantunya. Ini kerana, mereka tidak tinggal bersamanya sejak beberapa tahun yang lalu. Tambahnya, dia dan isteri akan sentiasa mendoakan kebahagian buat anak dan menantunya.
Jumaat lalu, Puteri Sarah dipercayai hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Namun, tiada sebarang kenyataan yang telah dikeluarkan olehnya. Sarah juga dipercayai ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya.
Doakan yang terbaik
Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Syamsul Yusof meminta semua orang mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri berada dalam keadaan baik.
Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati. No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga.
Syamsul juga enggan mengulas dan memberikan komen mengenai tindakan isterinya yang ‘unfollow‘ akaun Instagram miliknya. Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: New Straits Times & Harian Metro