
Anak kepada penyanyi, Liza Hanim iaitu Marsya akui tidak terasa hati apabila dilabel kurang menyerlah berbanding peserta lain di dalam program yang pernah disertai bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jadi Pengecut, Datang Jumpa Saya’ – Liza Hanim Beri Tempoh Pada Pembuli
Artikel Berkaitan: Bapa Pertahan Marsya, Bidas Dakwaan Tak Menyerlah Lepas TTMM – ‘Kau Dah Kenapa? Rezeki Masing-Masing’
Tak terasa hati

Ketika ditemui OhBulan!, Marsya atau nama penuhnya Marsya Qistina Mohamed Shahrin, 23, menganggap segala komen yang diterima sebagai pembakar semangat buatnya.
Tambah Marsya, dia yakin dengan rezeki Tuhan pada masa hadapan dan tidak menjadikan komen negatif sebagai penghalang.
Saya berusia 23 tahun dan kalau nak terasa hati, rasa macam budak-budak pula.
Tak mengapa, Insya-Allah pada masa hadapan banyak lagi peluang untuk saya.
Marsya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai tawaran, Marsya menafikan dakwaan mengenai dirinya yang tidak bekerja selepas diumumkan sebagai juara bagi program Grand Finale Talk To My Manager (TTMM).
Kongsi Marsya, dia juga melakukan kerja belakang tabir selain memberi fokus pada bidang nyanyian.
Memang kurang tawaran kalau nak dibandingkan dengan Auddra dan Thalita. Tapi mungkin salah satu sebabnya mereka memang dah dikenali sebelum program TTMM.
Bukannya saya langsung tak dapat tawaran, kalau yang ikut perkembangan saya, mereka tahu saya ada job dengan mama.
Saya juga melakukan kerja-kerja belakang tabir seperti dubbing suara untuk beberapa projek seni.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)