Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia beberapa kali menjadi mangsa buli siber, namun kali ini bersuara selepas anaknya, Marsya, turut disasarkan.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Usik Anak Kami, Yang Menyalak Pernah Belajar & Jadi Penyanyi Tak?’ – Liza Hanim

Artikel Berkaitan: Netizen Kritik ‘Your Time Is Over’, Liza Hanim Tampil Bidas – ‘Siapa Awak Nak Cakap Macam Tu?’

Mangsa buli siber

@ohbulanofficial

Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia beberapa kali menjadi mangsa buli siber, namun kali ini bersuara selepas anaknya, Marsya, turut disasarkan. #ohbulan #kinitrending #lizahanim

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Liza atau nama penuhnya Haliza Hanim Abd Halim, 46, akui turut terkesan apabila Marsya menjadi sasaran kecaman sekali gus bertindak untuk membuat laporan polis.

Ini bukan kes pertama saya, untuk Marsya pun sebelum ini banyak je tapi kita macam tepis sahaja. Kebetulan pula Marsya sedikit emosi pada ketika itu kerana baru kehilangan kawan baik dia sebab kanser.

Sebagai ibu, saya tak boleh lihat anak macam itu. Jadi saya kena bersuara untuk anak saya.

Liza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, Liza memaklumkan dirinya kini dalam tempoh bertenang selepas laporan polis dibuat mengenai isu buli siber yang dihadapi Marsya.

Menurut pelantun lagu Gelisah Mimpi itu, dia memberikan tempoh kepada individu terbabit untuk tampil bersemuka dengannya sebagai jalan penyelesaian tanpa perlu membawa isu tersebut ke muka pengadilan.

Sebenarnya saya dalam tempoh bertenang. Dia dah buat permohonan maaf tapi syarat saya adalah datang berjumpa dengan saya.

Sebab kalau anda berani berkata sedemikian maka jangan jadi pengecut. Awak dah minta maaf maknanya awak mengakui kesilapan awak.

Kalau tidak memang saya akan bawa ke peringkat seterusnya.

Keadaan Marsya

Mengulas lanjut, Marsya, anak kepada penyanyi berusia 46 tahun itu, memaklumkan dia enggan mengeruhkan keadaan dengan melibatkan pihak polis.

Namun, Marsya bersetuju untuk meneruskan laporan polis selepas meneliti hasrat ibunya dengan harapan tindakan itu dapat menjadi pengajaran kepada pembuli siber sekali gus membendung budaya ‘body shaming’ dalam talian.

Awalnya saya tidak bersetuju dengan tindakan mama, sebab kenapa nak besarkan isu ini. Tapi bila perkara itu terjadi kepada saya, saya rasa kalau ibu bapa lain pun mungkin akan buat perkara yang sama.

Kalau dah ada akta yang mengatakan boleh buat laporan polis, boleh saman dan sebagainya, kita gunakan sebagai hak kita.

Macam mama cakap kita nak kena ajar orang-orang di luar sana.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang individu secara terbuka mendakwa walaupun Marsya muncul sebagai juara program Talk To My Manager, namun barisan finalis lain yang mewah dengan tawaran persembahan.

Selain itu, Marsya turut menjadi sasaran kecaman selain dilabel kurang menyerlah sebagai juara program TTMM.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan mengundang pelbagai reaksi dan terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Tindakan Liza membuat laporan polis dilihat sebagai perlindungan seorang ibu buat anaknya sekali gus langkah bagi menghentikan budaya kecaman siber.