berita

Memang Minat Jebat

September 15th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Kehadiran cahaya mata lelaki buat pasangan Sharnaaz Ahmad dan Nor Nabilah ternyata memberi seribu satu makna. Umum sedia maklum, anak sulung mereka ini diberi nama Jebat Jayden Ahmad dan dilahirkan pada 30 Ogos lalu.

Khabarnya, ada sesuatu disebalik nama anak lelaki Sharnaaz Ahmad ini. Berkenan sungguh Sharnaaz dengan nama Jebat, mesti ada sesuatu untuk dikongsi bersama peminat.

Berlakon pun nama Jebat

https://www.instagram.com/p/Bnq-KwpDORy/?taken-by=sharnaazahmad

Menurut laporan mStar, pelakon Sharnaaz Ahmad sangat berkenan dengan nama Jebat ini adalah disebabkan sejarah Melayu dan kehebatan pahlawan Melayu dahulu, Hang Jebat semestinya.

Sebenarnya nama itu tak ada maksud apa pun, yang ada maksud Ahmad sahaja. Saya meminati sejarah Melayu dan tertarik dengan kehebatan pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat.

Daripada muda lagi saya memang minat nama Jebat, sampaikan berlakon pun bawa watak Jebat, jadi itu fasal dapat anak pun diberi nama Jebat. Manakala, Jayden pula pilihan Nabilah, saya ikut sahajalah sebab nama pertama saya dah pilih.

Itu memang hajat saya

https://www.instagram.com/p/Bnsib_2lDN2/?taken-by=sharnaazahmad

Ternyata, Sharnaaz sudah berbincang dengan isterinya mengenai nama anak sebelum mereka berkahwin lagi. Tambahnya pula, Nabilah ada meletakkan impian untuk memiliki 5 orang cahaya mata bagi melengkap hidup mereka sebagai pasangan suami isteri.

Sebelum kahwin lagi saya dah beritahu Nabila mahu pilih nama anak jika anak sulung kami adalah lelaki… itu memang hajat saya! Lepas ini kalau tambah anak kedua, ketiga dan seterusnya terpulanglah kepada dia untuk bagi nama apa pula.

Sumber: mStar, Sharnaaz Ahmad

SKIP THIS AD ×