berita

Member ‘Hilang’ Lepas Pinjam Duit? Ini Contoh Surat Perjanjian Yang Korang Boleh Sediakan

February 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Sikap sesetengah individu yang cuba melarikan diri, apabila berhutang adalah sangat tidak wajar. Bukan itu sahaja, ada segelintir peminjam yang hanya mendiamkan diri selepas duit diberikan dan memberikan 1001 alasan, apabila peminjam mahu meminta semula duit tersebut.

Susulan daripada permasalahan tersebut, seorang peguam dikenali sebagai Syafiq, tampil memberikan ‘solusi’ yang terbaik kepada kedua-dua pihak dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Surat perjanjian

Menerusi tweet tersebut, lelaki ini berkongsi surat perjanjian yang perlu diisi oleh kedua-dua belah pihak. Bahkan, beberapa maklumat penting kedua-dua pihak juga perlu diletakkan sebelum menandatangani perjanjian tersebut.

Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga perlu bersetuju dengan perjanjian yang telah dibuat termasuk jadual pembayaran hutang, kadar faedah dan syarat-syarat lain yang telah dipersetujui bersama.

Apa yang lebih menguntungkan, apabila perjanjian ini dapat dijadikan bukti dan pemberi hutang itu sendiri boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa jika peminjam itu enggan membayar semula wang yang dipinjam.

Jelas peguam ini lagi, surat perjanjian seumpama ini sudah mencukupi dan jika peminjam itu gagal untuk membuat pembayaran semula, seseorang itu boleh mula membuat tuntutan.

Jadi lepas ini, boleh lah korang guna surat ni, apa-apa pun dah ada bukti.

Sumber: Syafiq

SKIP THIS AD ×