berita

Members Master In The House Malaysia Bertuah Dapat Belajar Masak Dengan Cef Sherson Lian

February 18th, 2022 | by Wan
Kini Trending

Sejak mula ditayangkan 15 Januari lalu di TV3, Master In The House Malaysia menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat. Pada episod ke-6 Sabtu ini, members bertuah apabila Master mereka adalah Cef selebriti TV yang kian meningkat nama di persada antarabangsa iaitu Cef Sherson Lian.

Kena masak

Persoalannya, pandai ke members yang bujang-bujang ni semua memasak menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur Cef Sherson? Kekecohan mula berlaku apabila mereka terpaksa pergi ke pasar untuk membeli barang-barang asas di pasar mengikut perbelanjaan yang diberi oleh pihak produksi.

Tentu dapur berada dalam keadaan berkecah-kecah. Lebih suspen apabila selebriti Cef yang terkenal dalam program 5 Rencah 5 Rasa ini akan memberi komen kepada masakan mereka. Macam mana reaksi mereka nanti? Jangan lupa menyaksikan keletah Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam ketika berada di dapur pada Sabtu ini, 19 Februari 2022, pukul 10.00 malam di TV3.

Berguru dengan Master

Kelima-lima peserta Program Master In The House Malaysia (MITHM) berguru dengan dua ‘Master’ Korea dan enam ‘Master’ Malaysia yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti dari kepelbagaian bidang. Tanpa mengetahui siapakah ‘Master’ terlebih dahulu, mereka diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasan yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.

Dua master Korea yang akan tampil dalam program 10 episod ini adalah Son Sung Deuk, pengarah HYBE Performance dan koreografer yang mencipta koreografi ‘Butter’ K-Pop Idol BTS. Master kedua pula ialah BamBam iaitu K-pop Idol yang mencipta nama menerusi kumpulan Got7 sejak tahun 2014.

Barisan Master dari Malaysia ialah Datuk Yusof Haslam, seorang penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang berwibawa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Rashid Sidek, lagenda badminton negara, Sherson Lian, cef selebriti dan hos televisyen Malaysia, dan Usamah Zaid, pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

SKIP THIS AD ×