berita

Mengadu Pening Kepala Lepas ‘Test’, Pelajar IPTA Meninggal Dunia, Sempat Merangkak Ke Bilik Minta Tolong

July 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, seorang pelajar di sebuah universiti awam di Kedah telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat berlakunya pendarahan pada bahagian otak. Malah, ada sumber mendakwa Allahyarhamah juga mengalami tekanan yang melampau dan tidak cukup tidur disebabkan mengejar ‘deadline assignment’.

Artikel Berkaitan: Didakwa Stres & Tak Cukup Tidur Kejar ‘Deadline Assignment’, Pelajar IPTA Temui Ajal Akibat Pendarahan Otak

Hari ini, khabar duka sekali lagi diterima apabila seorang pelajar univerisiti awam telah dijemput Ilahi selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumah keluarganya sekitar jam 5 pagi.

Alami pendarahan otak

Allahyarham yang dikenali dengan nama Mohd Adham Hazim merupakan seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti awam di Jengka, Pahang telah dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu sekitar jam 5 pagi. Menurut sumber, Allahyarham yang mengalami pendarahan pada bahagian otak kemudian dimasukkan ke wad ICU.

Sementara itu, menurut seorang pengguna Twitter yang dipercayai merupakan rakan kelas Allahyarham iaitu Arisha mengakui terkejut dengan berita tersebut. Dakwa individu ini lagi, selepas mengambil ujian ‘programming’ pada hari Khamis lalu, Allahyarham ada mengadu bahawa dia mengalami pening kepala.

Sempat merangkak ke bilik

Memetik laporan Kosmo, ayah Allahyarham iaitu Mohd. Rizaini Ghazali memberitahu anak lelakinya itu sempat merangkak ke biliknya untuk meminta pertolongan. Jelasnya lagi, sejak kebelakangan ini, Mohd Adham dikatakan sering tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan semester akhir yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Doktor memberitahu keadaan anak saya agak kritikal kerana dua urat kepalanya putus sebelum disahkan meninggal dunia pada malam tadi (semalam).

Difahamkan, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh.

Salam takziah

Mengadu pening lepas buat ujian

Sumber: Al Faizal Faiz, Faizatul Najirah Jalil, Arisha, Kosmo

 

SKIP THIS AD ×