Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan membuat pendedahan bahawa dia masih berdepan gangguan daripada individu yang tidak dikenali di media sosial, meskipun pengikutnya sedia maklum tentang statusnya sebagai isteri orang.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Kahwin Lagi & Jay Okay Dengan Adegan Cium’ – Elizabeth Tan
Artikel Berkaitan: Masih Belum Tinggal Sebumbung, Elizabeth Tan Jumpa Suami Dua Kali Seminggu
‘Saya tidak akan layan’
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Elizabeth, 28 tahun, berkata, kebanyakan gangguan yang bersifat keterlaluan dan tidak bermoral itu dihantar menerusi Direct Message (DM) di Instagram.
Macam-macam benda yang saya terima. Gambar tidak senonoh pun ada.
Saya tidak akan layan, sebaliknya hanya gelakkan sahaja. Selagi boleh bersabar, saya cuba untuk tidak mengambil endah.
Saya hanya akan melenting apabila ada pihak bertindak keterlaluan sehingga menghina kaum atau agama orang lain.
Tambah pelantun lagu Semua Sudah itu, dia enggan ambil pusing terhadap gangguan seksual yang menjengah di ruangan komen atau mesej media sosialnya.
Selagi perbuatan mereka tidak mengancam keselamatan, saya okey. Namun, itu tidak bermakna mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.
Setiap orang ada hak bersuara di media sosial. Jika mereka berpendapat saya seksi, itu hak mereka kerana saya tidak rasa begitu.