berita

Mengaku Berzina Ketika Masih Bergelar Isteri, Ibu Muda & Kekasih Bakal Disebat 100 Kali

February 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Padah menjalinkan hubungan intim, seorang ibu muda dan kekasihnya kini sedang menanti hukuman rotan selepas perbuatan mereka ‘terkantoi’ dan ditahan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: Buat Hubungan Seks Dengan Ibu Mentua, Bekas Suami Ancam Mahu Saman

Artikel Berkaitan: Atuk Gatal ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Perempuan Muda Dalam Tandas

Artikel Berkaitan: Bagi Alasan Bekalan Air Terputus, Duda Ditahan Khalwat Dengan Janda Anak 11

100 sebatan

Gambar sekadar hiasan

Ibu muda yang berusia 33 tahun dan kekasihnya yang berusia 23 tahun itu telah bersumpah melakukan zina atas dasar suka sama suka dengan tiada paksaan oleh mana-mana pihak. Pengakuan tersebut telah dikemukakan dihadapan hakim Mahkamah Syariah Takengon Aceh di Indonesia.

Hakim kemudian memutuskan dengan sah bahawa pasangan kekasih tersebut telah terbukti melakukan perbuatan terlarang itu dan didapati bersalah. Dalam pada itu, hakim juga telah menjatuhkan hukuman rotan sebanyak 100 kali dan mereka ditahan sehingga pelaksanaan hukuman tersebut dijalankan.

Terdahulu, pasangan ibu muda dan kekasihnya itu telah ditangkap oleh penduduk setempat di Kabupaten Aceh Tengah, apabila mereka dipercayai sedang melakukan hubungan seks di dalam rumah wanita berkenaan ketika dia masih lagi bergelar isteri orang.

Mereka kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa dan diadili secara hukuman hudud berdasarkan hukum kanun Aceh tahun 2014.

Sumber: Tribun Toraja.com

SKIP THIS AD ×