berita

Mengaku Pernah Jadi Peminat Setia Arwah Nike Ardilla, Komen Krisdayanti Dekat IG Suami Curi Tumpuan

September 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti iaitu Raul Lemos memuat naik satu foto zaman mudanya ketika menziarahi kubur Allahyarham Nike Ardilla pada tahun 1995.

Saya peminat setia Nike Ardilla

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Raul, foto tersebut diambil semasa seluruh Indonesia hangat memperkatakan tentang pemergian penyanyi itu.

Foto ini diambil pada bulan April 1995 di makam Nike Ardilla. Saat itu semua media lagi hangat memberitakan kematian Nike Ardilla. Saya yang saat itu kebetulan ngefans banget sama suara emasnya Nike Ardilla dan lagi jalan-jalan di Bandung menyempatkan diri menyekar ke makam almarhumah. Saat itu di makam almarhumah sempat ketemu dengan ayahanda Almarhumah Eddy Kusnadi dan sempat ngobrol panjang lebar. Waktu itu camera belum sekeren sekarang hehehe. Al-Fatiha buat almarhumah Nike Ardilla.

Raul yang memakai baju kemeja bercorak dan seluar jeans itu bersyukur dapat berdiri di sebelah kubur Nike Ardilla dan merakam foto. Ujar Raul, dia merupakan peminat setia pelantun suara ‘Bintang Kehidupan’ itu. Bahkan, dia juga berpeluang untuk bertemu dengan arwah ayah Nike Ardilla iaitu Almarhum Eddy Kusnadi.

Pinggang saiz berapa?

Sementara itu, Krisdayanti turut meninggalkan komen dan bertanya tentang saiz pinggang suaminya ketika itu. Rata-rata netizen yang membaca komen tersebut turut terhibur dan ingin tahu mengenai saiz pinggang Raul.

Ujar Raul, saiz pinggangnya pada masa itu hanyalah 27 sahaja. Untuk pengetahun korang, arwah Nike Ardilla meninggal dunia pada usia 19 tahun akibat kemalangan jalan raya pada 19 Mac 1995.

Sumber: Raul Lemos

SKIP THIS AD ×