Nama usahawan popular, Watie Hanifiah kerap menjadi bualan ramai selepas ‘terbongkar’ hubungan istimewanya dengan pelawak Shuib.
Artikel Berkaitan: Shuib Malu Ucap Selamat Hari Lahir, Watie Hanifiah Syukur Hidup Bahagia
Iman naik turun
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie bersyukur kerana dia berjaya menempuh fasa setahun bertudung. Akui Watie, imannya sentiasa bergolak terutama ketika ‘cuci mata’ di pusat membeli belah .
Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun. Walau kadang kala bila pergi shopping (membeli belah) baju, mata ini pandang fesyen yang dah tak boleh dipakai.
Katanya, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih baik.
Sedar masih banyak kekurangan diri, sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, sedar masih banyak yang perlu ditutupi.
But small step are better than none, slowly but surely.. Insya-Allah. Doakan okey.
Tumpang bangga
Sementara itu, penyampai radio berumur 38 tahun meninggalkan komen dengan meluahkan rasa bangga dengan usaha Watie selain mendoakan agar kekal istiqamah.
Semoga terus istiqamah. Tahniah pergi sejauh ini. Semoga terus manis berhijab, Watie.
Sebelum ini, Shuib mendedahkan percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.
Terdahulu, sejak kematian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Wan Sharmila dan Zara Zya. Hasil perkahwinan dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Sumber: Instagram