Selepas bersikap terbuka berkongsi hubungan istimewa dengan Watie Hanifiah, pelawak Shuib dilihat berani meninggalkan komen mengucapkan selamat ulang tahun kepada kekasihnya, semalam (8 Februari).
Artikel Berkaitan: Berat Badan Watie Naik 10kg, Netizen Cakap Sebab Dah Terlalu Bahagia Dengan Shuib Lah Tu- ‘Cepatlah Kahwin’
Artikel Berkaitan: Kalau Ikutkan Emak Saya Nak Cepat Sangat Tengok Kami Kahwin’ – Ibu Restu Shuib Kahwin Dengan Watie
Ucapan hari lahir
Menerusi hantaran di Instagram (IG), penyampai radio berumur 38 tahun itu menulis, ‘Selamat ulang tahun beserta emoji malu.’
Semestinya kata ringkas itu ‘diserbu’ oleh warganet yang suka mengusik pasangan sejoli ini.
Jangan tunggu lama-lama abang.
Cepat masuk meminang dia. Lawa sangat. Semoga berjodoh. Amin.
Lulus dah. Semoga jodoh keduanya kuat hingga akhir hayat.
Momen-momen membahagiakan
Watie yang merupakan ahli perniagaan memuat naik rakaman video sedang ketawa ketika menyambut hari kelahirannya. Dalam kapsyen yang ditulis, Watie bersyukur dengan perkara-perkara yang membahagiakan dirinya.
Bertambah umur, bertambah matang, bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab.
Bertambah pengalaman, bertambah bilangan dan bertambah bahagia (berserta emoji cinta). Alhamdulillah, bertambah syukur. Oh, tertinggal lagi satu, bertambah gemoi (gemuk).
Difahamkan, Watie menyambut hari istimewanya dengan Shuib dan anak-anak iaitu Dzahira Talita Zahr dan Ariq Matin di sebuah restoran yang berlatarbelakangkan Suria KLCC.
Sebelum ini, Shuib mendedahkan percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.
Terdahulu, sejak kematian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Wan Sharmila dan Zara Zya. Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 12, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Sumber: Instagram