berita

Mengaku Terlalu Emosi ‘Rindu’ Nak Main Bola, Syafiq Ahmad Mohon Maaf

August 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pemain bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Syafiq Ahmad dipercayai telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter berhubung perasaannya apabila melihat rakan sepasukan dapat turun padang untuk beraksi. Tweet tersebut turut mencuri perhatian ramai pihak terutama pemilik pasukan JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Artikel berkaitan:Pemain JDT Tweet ‘Teringin’ Nak Main Bola, Ini Teguran TMJ – ‘Siapa Kerja Keras, Dia Dapat Main’

Saya mohon maaf

Di Instagram Story, Syafiq telah memuat naik satu posting permohonan maaf kepada Tunku Ismail, rakan sepasukan dan semua pihak. Menurut Syafiq, dia bertindak mengikut emosi semasa memuat naik tweet tersebut. Ujar Syafiq lagi, Tunku Ismail merupakan individu yang banyak membantunya tidak kira di dalam mahupun di luar padang. Oleh itu, dia mengakui kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf.

Lain kali fikir dulu

Susulan daripada permohonan maaf tersebut, Tunku Ismail memberi nasihat kepada Syafiq agar berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara mahupun keputusan.

Terdahulu, Tunku Ismail telah memberi peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan prestasi tetapi hanya pemain yang terbaik akan diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan. Selain itu, baginda menegaskan agar pemain tersebut berkomunikasi terlebih dahulu dengannya sekiranya tidak berpuas hati atau sebaliknya. Bukan hanya memuat naik status di laman sosial semata-mata.

Sumber: Syafiq Ahmad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×