Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai BilFami, berkongsi satu video yang membuatkan ramai orang sebak. Video tersebut menunjukkan dia sedang bersembang dengan seorang peniaga yang berusia 50-an.
Gelap-gelap pon niaga
moga pakcik terus kuat ? pic.twitter.com/aVzYu1HKz1
— Bing (@bimbimmmmmmmmm) January 11, 2021
Menerusi video berdurasi satu minit yang tular di media sosial itu, seorang lelaki merakamkan dari jauh aktiviti seorang pakcik yang dipercayai sedang menjual barangan di tepi jalan. Pakcik itu dilihat hanya mengharapkan lampu jalan bagi menerangi barangan jualannya.
Namun, apa yang menyedihkan apabila lelaki ini menggambarkan kesan yang bakal diterima oleh pakcik ini, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini.
Ketika disapa, pakcik ini memberitahu dia menjual kerepek dan pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaannya. Lelaki ini turut memaklumkan PKP bakal bermula Rabu dan reaksi pakcik ini cukup menyedihkan. Dia hanya mampu tersenyum mengenangkan nasibnya. Menerusi ruangan komen, lelaki itu menceritakan kejadian tersebut berlaku di Batu Pahat, Johor.
Semoga dimurahkan rezeki
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan keadaan pakcik itu. Tambahan pula, mereka turut mendoakan supaya pakcik ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: BilFami