berita

Menipu Sudah Menikah Di Thailand, ‘Kantoi’ Rupanya Masih Lagi Suami & Isteri Orang

April 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Ihsan PADK

Sepasang kekasih telah dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai makan selepas mereka didapati bersekedudukan.

Artikel Berkaitan: Baru 7 Bulan Kenal Di WeChat, Janda Anak Satu Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Muda

Artikel Berkaitan: Mengaku Berzina Ketika Masih Bergelar Isteri, Ibu Muda & Kekasih Bakal Disebat 100 Kali

Masih berstatus suami & isteri orang

Gambar sekadar hiasan

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad menjelaskan bahawa pihaknya menjalankan pemeriksaan tersebut selepas menerima maklumat dari orang awam.

Pasukan menemui wanita berusia 47 tahun dan lelaki berumur 42 tahun dalam bilik berkenaan yang mana, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka bersekedudukan.

Setelah menjalankan siasatan lanjut, ternyata pasangan itu masing-masing masih berstatus suami dan isteri orang. Lelaki tersebut bekerja sebagai pemandu lori, manakala kekasihnya bekerja di kedai makan dan mereka juga mengaku telah berkenalan sejak tahun 2013.

Mereka ditangkap di sebuah kedai di Kampung Baru, Merbau Pulas, Kuala Ketil pada jam 1.26 pagi dengan alasan sedang berehat di dalam bilik selepas keluar makan.

Sebelum ini mereka memberi alasan kepada orang awam yang ditemui di kedai makan yang mereka sudah bernikah di Thailand. Akhirnya penipuan mereka terbongkar, hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah (EKJSNK) 2014

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×