berita

Menjerit Selepas Buang Air Kecil & Rasa Sakit Di Kemaluan, Budak Dakwa Disunat Jin

January 10th, 2024 | by Alia
Kini Trending

sunat jin

Foto: Tribun News

Seorang kanak-kanak lelaki mengalami rasa sakit di bahagian kemaluannya lalu mendakwa dia telah dikhatankan oleh jin.

Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Bomba Mana Boleh Manja’ – Daniel Cheang Digelar ‘Budak Sunat Lazer’

Kejadian misteri

sunat jin

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, kejadian tersebut berlaku pada 31 Disember lalu dan telah mengemparkan seluruh penduduk di Kelapa Gading, Jakarta Utara di Indonesia.

Menurut kanak-kanak tersebut, dia melihat satu lembaga misteri bertubuh besar melintas di hadapannya semasa membuang air kecil di sungai berhampiran rumah.

Selepas melihat lembaga tersebut, kanak-kanak berusia enam tahun itu berasa sakit di kemaluannya lalu menjerit meminta tolong.

Lembaga berkenaan kemudian hilang secara tiba-tiba apabila kanak-kanak tersebut mengerdipkan matanya.

Dalam pada itu, nenek kepada kanak-kanak berkenaan, Sami berkata dia terkejut melihat kemaluan cucunya yang kelihatan seperti sudah dikhatankan.

Susulan itu, kanak-kanak tersebut dibawa ke klinik namun menurut doktor dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.

Pengamal perubatan yang bertugas di Pusat Kesihatan Ancol, Dr Benny Alpharandus berkata tiada istilah dikhatankan oleh jin.

Mungkin ia adalah kejadian di mana selaput pelindung zakar pada kanak-kanak tertarik ke belakang. Biasanya kita panggil dalam istilah perubatan, ‘paraphimosis’.

Justeru itu, Dr Benny menyarankan pemeriksaan lanjut dilakukan oleh pakar perubatan untuk memastikan keadaan sebenar kanak-kanak itu.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×