berita

Menurut Doktor, Ini Simpton Penyakit Yang Anda Hidapi Bila Kaki Bengkak & Kencing Berbuih

February 11th, 2019 | by Ai
Kesihatan & Hidup Aktif

kencing berbuih

Setiap orang perlu menitikberatkan soal kesihatan supaya sentiasa sihat. Ini kerana, tahap kesihatan seseorang sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita. Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat serta dijauhi daripada penyakit, kita perlu mula daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan kita.

Bukan itu saja, kita juga perlu sentiasa alert jika berlakunya sebarang perubahan pada tubuh badan kita. Sama ada anda peka atau tidak, pernahkah anda lihat air kencing anda itu adalah normal ataupun tidak?

Warna air kencing tentukan tahap kesihatan

kencing berbuih

Menurut seorang pengamal perubatan Klinik Kesihatan Bupa, London, Dr. Luke Powles, warna air kencing seseorang dapat menentukan tahap kesihatan tubuh badan mereka. Air kencing sebenarnya mempunyai pelbagai warna yang biasanya terdiri daripada warna kuning jernih, kuning pekat seperti madu dan boleh bertukar menjadi warna coklat.

Menurut Dr Luke lagi, air kencing yang berwarna merah dan hijau mungkin menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius!

Mana satu warna air kencing anda?

warna air kencing

Air kencing berbuih

kencing berbuih

Tidak dinafikan air kencing kadang-kadang berbuih disebabkan kelajuan kencing dan ia adalah normal. Tapi, sekiranya anda dapati air kencing berbuih-buih dengan berterusan dan kaki bengkak, anda perlu segera berjumpa doktor! Keadaan ini berkait rapat dengan tahap kesihatan buah pinggang anda.

Menurut perkongsian oleh Dr Lily Mushahar yang bertugas di Hospital Tuanku Ja’afar, dia kerap menerima pesakit yang mengalami kencing yang berbuih diikuti keadaan kaki yang membengkak.

Saya kerap terima pesakit yang mengalami keadaan ini. Kencing berbuih di dalam toilet bowl dan kaki bengkak. Keadaan ini disebabkan sistem penapisan di dalam buah pinggang terganggu dan protein bocor keluar melalui air kencing (proteinuria). Bila protien dalam badan kurang….kaki pun bengkaklah.

Buah pinggang boleh rosak

kencing berbuih

Menurutnya lagi, air kencing yang berbuih serta keadaan kaki yang membengkak merupakan simpton penyakit Nephrotic syndrome.  Jika tidak dirawat pada peringkat awal, buah pinggang boleh rosak.

Lagi banyak protein keluar, lagi cepat buah pinggang boleh rosak jika tidak dirawat. Keadaan ini dikatakan ‘Nephrotic syndrome‘. Boleh disebabkan oleh kesan pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, SLE dan sebagainya. Biasanya, perlu ambil sampel tisu buah pinggang sikit untuk kepastian penyakit.

Ia boleh berlaku kepada semua golongan umur…dari umur bayi hinggalah umur tua. Penyakit ini boleh dirawat dan sembuh jika pesakit cepat dapat rawatan yang betul. Yang penting, kena makan ubat betul2, tidak boleh ponteng-ponteng ya..

Cara nak rawat

kencing berbuih

Sekiranya anda perasan air kencing mula berbuih-buih dengan kerap, segeralah untuk mendapatkan rawatan. Terdapat beberapa rawatan untuk merawat penyakit Nephrotic Syndrome ini, antaranya:

1. Makanan

kencing berbuih

Anda perlu mengambil makanan yang berprotein dengan kadar yang normal diikuti dengan kalori yang mencukupi.

2. Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad

kencing berbuih

Pengambilan cecair pula mestilah dihadkan mengikut jumlah air kencing yang keluar. Jumlah pengambilan cecair yang disarankan ialah jumlah air kencing hari sebelumnya + 500ml air yang hilang melalui proses selain dari kencing (contoh pernafasan, berpeluh dan lain-lain). Pengambilan garam mesti dikurangkan untuk mengelakan penakungan cecair dan garam di badan. Jangan tambah garam pada makanan anda ya! Kurangkan juga minuman manis dan bergas.

3. Ubatan diuretik

kencing berbuih

Diuretik merupakan jenis ubat untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perlu diberi melalui suntikan intravena. Rujuk pada doktor terlebih dahulu ya.

4. Ubatan Anti-hypertensi

kencing berbuih

Pemilihan ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang baik pada masa yang sama mengurangkan tahap kehilangan protein dalam air kencing.

Sumber: Lily Mushahar , Astro Awani, Myhealth

SKIP THIS AD ×