berita

Menyusahkan Mak Ayah! Anak Hutang RM100,000 Daripada 20 Ah Long, Keluarga Tanggung ‘Derita’

September 17th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jika sebelum ini ada kes pinjaman Ah Long berkaitan pasangan kekasih di mana seorang wanita sanggup menjadi penghutang ceti haram demi kekasihnya. Berbekalkan janji manis, wanita tersebut terjerat dengan hutang Ah Long sebanyak RM 20 ribu.

Namun lain pula yang terjadi kali ini. Menerusi Harian Metro, gara-gara terlalu sayangkan anak, sepasang suami isteri yang bekerja sebagai peniaga terpaksa menanggung hutang Ah Long sebanyak RM100k yang dipinjam anaknya itu.

Jumlah hutang RM100000

Disebabkan itu, mereka terpaksa memutuskan hubungan keluarga bagi mengelak masalah dikejar Ah Long berlarutan. Masalah itu terbongkar apabila bapa penghutang yang hanya dikenali sebagai Chua, menerima banyak panggilan telefon selain notis ugutan untuk melunaskan hutan sejak Ogos tahun lalu.

Dia yang terkejut dengan panggilan itu terus bersemuka dengan anak lelakinya yang berusia 21 tahun sebelum mengaku ada membuat pinjaman Ah Long dan menggunakan namanya sebagai penjamin. Oleh kerana jumlah hutang yang begitu tinggi mereka tidak lagi mampu menanggung beban hutang tersebut.

Pinjam lebih daripada 20 Ah Long

Pada mulanya, jumlah yang dipinjam hanya sedikit namun bertambah akibat kadar faedah yang tinggi. Hal ini memaksa anaknya meminjam lebih dari 20 Ah Long.

Kami difahamkan jumlah pinjaman mencecah RM40,000 dan disebabkan sayang kepada anak serta berpendapat ia adalah kesalahan pertama, saya dan isteri cuba menyelesaikan hutang awal bermula RM1,500 hingga RM6,000.

Sejak awal membuat pembayaran, kami sudah menghabiskan kira-kira RM80,000 dan semua hutang selesai penghujung tahun lalu. Pada masa sama, anak yang mendakwa malu dengan tindakannya itu ke Singapura untuk bekerja.

Anak tidak pulang ke rumah selama setahun

Pada awal bulan ini, mereka menerima notis berbaur ugutan terhadap mereka dan dua anak lain yang berusia belasan tahun. Dia difahamkan bahawa anaknya meminjam RM15,000, namun tidak dapat tahu jumlah sebenar kerana anak lelakinya sudah tidak pulang ke rumah hampir setahun lalu sejak bekerja di Singapura.

Memang benar kami ada bertengkar dan kami marah dengan perbuatannya itu. Anak buat salah memanglah kami tegur dan marah, selepas itu dia terus keluar rumah dan hampir setahun tidak pulang.

Baru-baru ini, isteri saya ada hubungi syarikat dia bekerja di Singapura dan kami dimaklumkan anak ditahan di penjara kerana kesalahan hutang.

Berhutang dengan keluarga terdekat

Kami kecewa dan tidak boleh nak tanggung lagi, jika mahu juga carilah dia, kami sudah tiada apa-apa. Memang kami sayang anak, tetapi kami perlu fikirkan keselamatan dua adiknya yang masih bersekolah.

Dia turut terpaksa berhutang dengan keluarga terdekat apabila kesemua wang simpanannya habis dibayar kepada Ah Long sebelum ini. Dia dan isteri juga tidak dapat menjalankan perniagaan kerana Ah Long sering mengganggu tempat kerja menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×