berita

‘Mereka Bergaul Seperti Biasa..’ – Rais Yatim Minta Jangan Besarkan Isu Video Peguam Negara Berhibur

January 19th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, viral video tarian membabitkan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dalam satu majlis makan malam. Video itu mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya pertikaikan ketelusan sistem perhakiman.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Rais Yatim minta agar jangan besarkan isu kerana video itu tiada kaitan dengan perkara lain.

Tiada isu langsung

Tiada sebarang kontroversi namun pergaulan itu janganlah terkait dengan mana-mana kes, penyiasatan dan kepentingan kontrak

(Penularan video) Bukanlah isu besar, kita jangan terikut-ikut sangat kerana setiap individu berhak berhibur termasuklah menari dan menyanyi. Saya tengok (tonton) video itu pun bukan ada perkara lucah. Jadi, saya punya pendirian ia tidak perlu dijadikan isu langsung.

Menurut Tan Sri Rais Yatim, penularan video membabitkan tokoh kenamaan itu bukanlah satu kontroversi ataupun masalah.

Menurut Rais, penularan video membabitkan tokoh kenamaan itu bukanlah satu kontroversi ataupun masalah. Tambahan, terdapat beberapa etika yang harus diperhatikan dan dijaga.

Tiada kaitan dengan kes lain

Pergaulan itu jangan terkait dengan mana-mana kes, penyiasatan dan kepentingan kontrak yang sedang dikendalikan hakim tertentu ataupun kes yang dalam pertimbangan peguam negara. Ini saja nilai dan etika yang perlu diperhatikan.

Dia turut meminta agar masyarakat tidak prejudis apabila kumpulan tertentu mengadakan rekreasi sosial mereka.

Mereka bergaul seperti manusia biasa

Bagi saya, jika nampak orang-orang seperti hakim dan peguam negara bersosial macam itu, kita terasa lapang juga. Ia bermakna mereka bergaul seperti manusia biasa.

Vdeo tarian atas pentas membabitkan Tommy, Richard, Liew bersama beberapa peguam dan aktivis seperti Datuk S Ambiga Siti Zabedah Kassim (Siti Kassim) mendapat perhatian netizen sejak semalam.

Sumber : Harian Metro