berita

‘Mereka Bukan Racist Tapi..’ – Isu Blogger Dilayan Macam Sampah Di Paris, Ini Komen Wardina

February 8th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini seorang blogger di Youtube telah memuatnaik satu video menceritakan layanan kurang sopan yang diterimanya dan suami sewaktu melancong ke Paris. Selain dompet suaminya hampir dicuri oleh penyeluk saku, Faa Firds juga diminta membuka tudung dahulu sebelum menaiki roller coaster .

Artikel berkaitan : Dilayan Macam ‘Sampah’ – Blogger Dedah Sisi Gelap Kota Paris Yang Ramai Tak Tahu

Membaca pengalaman buruk yang diceritakan blogger tersebut, Wardina Safiyyah melalui facebooknya memberikan komen berkenaan isu tersebut.

Mereka tidak menolong bukan kerana racist tetapi..

Wardina memberitahu tiada orang yang sudi membantu bukanlah disebabkan oleh sikap mereka yang tidak mahu menolong mahupun racist, tetapi disebabkan oleh fenomena psikologi sosial yang dipanggil ‘Bystander Effect’.

Jadi tak kiralah korang berada di Paris, Malaysia atau dimana sekalipun orang ramai kurang membantu disebabkan oleh bystander effect itu sendiri. Wardina juga mencadangkan kita supaya banyakkan membaca mengenai bystander effect ini untuk penerangan lebih lanjut.

Sebelum melancong buat persediaan rapi

Malah ketika melancong ke Paris baru-baru ini, Wardina sekeluarga mempunyai pengalaman yang baik sepanjang 6 hari berada di sana. Walaupun mereka perlu banyak berjalan dalam cuaca yang hujan dan sejuk, mereka sangat suka dengan budaya dan orang-orang disana. Apa-apapun sebelum melancong korang dinasihatkan membuat persediaan yang rapi dan baca doa bila keluar rumah.

Sumber : Wardina Safiyyah OfficialPage

SKIP THIS AD ×