Setelah hampir 2 minggu kehilangan suami tercinta, Bunga Citra Lestari akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang penghibur di Indonesia. Bunga yang telah hadir sebagai juri dalam rancangan Result & Reunion Show Indonesian Idol X di Studio RCTI, Jakarta Barat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar lagu dendangan Judika yang berjudul ‘Tak Mungkin Bersama’.

Momen sedih itu telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata daripada mereka kurang senang dengan penganjur program tersebut yang dilihat seolah-oleh hanya menggunakan kedukaan Bunga untuk menaikkan rating rancangan tersebut.

Kasihan Bunga

https://twitter.com/nvmillfind1/status/1234516956352413696?s=20

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Nvmillfind1 meluahkan rasa kurang senang terhadap program tersebut kerana baginya pada waktu ini Bunga Citra Lestari memerlukan hiburan dan kekuatan untuk meneruskan hidup. Tetapi lain pula yang jadi apabila mereka sebaliknya hanya memberi kesedihan kepada penyanyi ini.

Saat tak tepat

Rata-rata netizen turut bersetuju bahawa program ini hanya mengambil kesempatan ke atas kesedihan Bunga untuk dijadikan sebagai content dalam rancangan realiti itu semata-mata untuk menaikkan rating. Dalam pada itu, mereka juga turut percaya bahawa Bunga sudah berusaha sedaya upaya untuk kelihatan kuat di hadapan orang ramai tetapi pada malam itu program ini telah merosakkan segalanya.

‘Mereka tak punya hati’

Sumber: Nvmillfind1, Almira Zhafrina