berita

‘Mereka Orang Baik, Kewajipan Saya Untuk Mohon Maaf’ – Ibu Suspek Pembunuhan Allahyarham Surya

November 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Ibu mana yang tidak sedih apabila anak dikandung 9 bulan disyaki suspek tragedi berdarah pembunuhan remaja Siti Nur Surya Ismail di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu. Walaupun pahit ditelan, dia terpaksa berdepan dengan kecaman orang ramai yang menuding jari ke atas dirinya yang tidak pandai mendidik.

Artikel Berkaitan : ‘Siap Solat Terus Ajak Saya Ke Balai’ – Ibu Dedah Suspek Bunuh Surya Seorang Anak Yang Baik

Terbaru, dia akui tidak mampu untuk melawan qada dan qadar. Menerusi temubual bersama Astro Awani, ibu kepada suspek kehilangan kata-kata selepas anaknya menyerah diri di balai polis.

Saya akan mohon maaf

Menurut ibu suspek, sukar untuk dia membayangkan dengan apa yang berlaku pada nasib Allahyarham Siti Nur Surya. Jauh di sudut hati, ibu suspek sememangnya menyimpan hasrat pada hari pertama kejadian lagi untuk menziarahi keluarga Allahyarhan yang diakuinya sebagai keluarga yang baik pekerti mereka.

Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.

Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan. Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya).

Bahkan, keperibadian Siti Nur Surya juga amat disenanginya kerana Allahyarham merupakan seorang anak yang baik dan taat pada ibu bapa serta menghormati orang tua.

Susah nak percaya dengan apa berlaku

Mengakui bukan mudah untuk menerima tekanan sedemikian rupa, namun ketenangan akan hadir setiap kali mengadu kepada Yang Maha Esa. Dalam situasi sekarang, apa yang mampu dilakukan ibu suspek ialah menerima dengan lapang dada sebaik anak kesayangan ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Dia (suspek) budak jenis jarang keluar rumah sebenarnya. Duduk di rumah saja kebiasaannya yang setakat saya taulah. Tak ada pula saya dengar dia pernah buat masalah apa. Tak sangka sungguh apa yang berlaku ini. Susah nak percaya.

Menurut jirannya, suspek bukan seperti didakwa netizen dan dia memohon kepada orang ramai agar tidak memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya mengenai suspek dan keluarga kerana ia tidaklah seperti yang digambarkan. Malah jika mengenali mereka sukar untuk percaya atau menerima apa yang berlaku itu disabitkan jirannya.

Sumber  : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×