berita

‘Siap Solat Terus Ajak Saya Ke Balai’ – Ibu Dedah Suspek Bunuh Surya Seorang Anak Yang Baik

November 5th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Susulan kes bunuh Siti Nur Surya yang ditemui mati dengan kesan tetakan, pihak polis telah menahan kawan baik Allahyarham sendiri. Kejadian yang berlaku di Kampung Lubuk Batu, Telemong membuatkan orang ramai geram dan marah dengan tindakan si pelaku.

Artikel Berkaitan : ‘Suspek Merupakan Kawan Sekolah Mangsa, Motif Bunuh Berpunca Dari Salah Faham’

Terbaru, ibu suspek dedah bagaimana anaknya boleh menyerah diri dan mengaku tidak lakukan perbuatan terkutuk itu. Menurutnya, anaknya seorang yang baik dan tidak pernah memberontak.

Terpaksa tolak tawaran belajar

Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah.

Menurut ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya yang baik kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa tangguhkan bayaran duit yuran sekolahnya kerana tidak ada duit.

Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kami tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.

Tambahan ibu ini turut memaklumkan anaknya anaknya tidak pernah merungut atau malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja yang disedekahkan oleh orang ramai.

Dia ajak pergi balai


Dalam pada itu, ibu ini sempat memberitahu bahawa anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis secara sukarela. Dia mengajak ibunya ke balai polis tanpa dipujuk dan dipaksa.

Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.

Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

Wanita ini terkejut apabila mendapat tahu anaknya disyaki membunuh kawan sendiri sehingga beberapa kali dia menyoal anaknya. Sepanjang perjalanan menuju ke balai polis, anaknya mengaku tidak melakukan perbuatan itu dan dia yakin anaknya tidak menipu.

Sementara itu, jirannya turut memberitahu bahawa suspek seorang budak baik dan bukan budak liar seperti didakwa netizen. Beliau berharap agar orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah terhadap keluarga mereka dan biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas menyiasat.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×