berita

‘Mereka Pilih Untuk Tak Melihat..’ – Video ‘Mewah’ Jadi Bualan Netizen, Ini Respon TMJ

February 2nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Siapa mengikuti Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram baginda, pasti tahu baginda sememangnya seorang yang sangat aktif dan baik melayan soalan rakyat. Kalau sebelum ini, baginda ada menjawab persoalan orang ramai mengenai Syed Saddiq.

Artikel Berkaitan : Ditanya Mengapa Benci Syed Saddiq, TMJ Dengan Selamba Jawab ‘Sebab Dia Fake, Tiada Prinsip’

Artikel Berkaitan : ‘Tak Payah Nak Berlakon, Tak Payah Botakkan Kepala’ – TMJ Tegur Individu ‘Kaki Wayang’

Terbaru, klip video pendek yang memaparkan sedikit kehidupan baginda tarik perhatian netizen. Rata-rata kagum dengan video tersebut yang dilihat sangat menjadi inspirasi orang ramai.

Semua kurnian Allah

Semua ini kurniaan ALLAH SWT. Saya pinjam sahaja buat sementara. Tak boleh bawak masuk kubur pun. Ini semua kadang kala adalah Ujian juga. Nak tengok saya ni masih kuat Iman atau tidak. Lupa sedekah dan jalankan tanggungjawab atau tidak. Kemewahan ini tidak melambangkan seseorang. Apa yang penting adalah apa kita lakukan dalam hidup sebenar dan bukan di dalam social media. But, selagi saya masih hidup, saya bersyukur dengan kurniaan ini dan sentiasa lafazkan. Alhamdulillah.

Video berdurasi kurang dari seminit itu mendapat pelbagai respon dari netizen. Baginda turut akui segala kemewahan dimiliki hanyalah sementara dan segalanya kurniaan dari Allah.

Mereka memilih untuk tak melihat

Namun, ada segelintir yang mempersoalkan kemewahan baginda dan menyeru agar baginda membantu rakyat jelata yang sedang dalam kesusahan terutama di musim pandemik ini. TMJ tenang memberi respon di Insta Story dengan berkongsi foto-foto baginda membantu rakyat yang tidak dilihat oleh mereka yang mengkritik.

Seorang berjiwa rakyat

Sumber : hrhcrownprinceofjohor

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×