Penulis Faisal Tehrani berkongsi rakaman suara daripada pempengaruh dan aktivis, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengenai keadaan terkini.

Artikel Berkaitan: ‘Keselamatan Rakyat Malaysia Keutamaan, Kita Tak Akan Bungkam Tatkala Hak & Maruah Mereka Dicabuli’ – Perdana Menteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isr**l Beri Amaran Terakhir, Jemput Kami Ke Negara Mereka Atau Berpatah Balik’ – Farah Lee

Update terkini

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, bot yang dinaiki Zainal difahamkan baru ditahan kerana lewat sampai akibat daripada kerosakan pada enjin.

Difahamkan, rundingan akan dijalankan bagi menentukan sama ada aktivis serta sukarelawan Malaysia akan dibebaskan atau terus ditahan.

Kapal saya baru kena tahan, sebab kami lewat kerana ada kerosakan.

Tapi belum buat pemeriksaan penuh di atas kapal. Kami ambil keputusan untuk buang telefon bimbit lebih awal.

Kami mungkin akan dipindahkan ke kapal besar dan siasatan akan dilakukan.

Kemudian, mereka akan beri tawaran yang pertama iaitu mengaku memasuki Israel secara salah dan akan dibebaskan 72 jam.

Dan kedua, enggan mengaku salah dan akan dibicarakan dalam tempoh seminggu selepas dilokap.

Keadaan terkini

Dalam pada itu, Zainal sempat memaklumkan keadaan terkini aktivis dan sukarelawan yang masih selamat daripada sebarang kekerasan tentera Israel.

Saya dalam keadaan okay.

Mereka suruh kami tunggu di sini. Tiada kekerasan, tiada suluhan lampu, tiada semburan cat, tiada semburan bahan kimia dna tiada bot ugutan.

Bila buat rundingan, mereka minta kami tunggu kerana mungkin tengah uruskan kapal-kapal yang lain.

Sebentar lagi kami akan berpakaian biasa untuk menunjukkan kami tidak berbahaya dan waktu itulah telefon akan dibuang dalam air.

Kami bernasib baik kerana kami lewat kerana kapal-kapal awal itu adalah kapal yang menjadi tumpuan.

Mereka baru selesai 10 daripada 44 kapal. Kami kapal yang ke 45, yang terakhir sampai.

Untuk makluman, beberapa warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan antaranya Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan yang terbaharu dikongsikan akaun tersebut ialah Norfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazram.

Sumber: TikTok @FaisalTehrani