berita

‘Mereka Tidak Sepatutnya Disenarai Hitam PTPTN’ – Syed Saddiq

May 18th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kecoh dalam kalangan penuntut institusi dan graduan yang telah membuat pinjaman kewangan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengenai khabar angin sekatan ke luar negara dan halangan renew lesen kenderaan. Menurut kenyataan Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalib menyifatkan kaedah ini adalah paling berkesan dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman.

Walaubagaimanapun, Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq kurang bersetuju dengan cadangan senarai hitam (blacklisted) peminjam dan akan membawa perkara ini ke kabinet.

Saya tidak benarkan

Dalam manifesto Kerajaan PH sebelum PRU ke-14 berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Bagaimanapun, peminjam bergaji RM4,000 ke bawah masih perlu membayar pinjaman kerana kedudukan kewangan negara dikatakan belum stabil.

YB Syed Saddiq menerusi akaun rasmi Instagram akan membantah sekeras-kerasnya tindakan menyenaraihitamkan graduan yang masih menganggur ke luar negara. Malah, dia turut mengingatkan tujuan utama menyertai politik adalah untuk menjadi suara belia dan membela nasib anak muda.

Boleh lontarkan pandangan

Cadangan ini dibangkitkan dalam taklimat awam pentadbiran tinggi PTPTN. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menerusi MalaysiaKini meminta agar semua pihak termasuk parti politik tidak gopoh menuding jari kepada PTPTN mengenai cadangan yang dikemukakan oleh kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Wan Saiful turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan dia turut menafikan cadangan itu datang dari pihaknya.

Saya juga tidak pernah menyatakan persetujuan agar cadangan itu dilaksanakan kerana mengetahui ia hanya cadangan daripada sebahagian kumpulan profesional dalam rundingan meja bulat sebelum ini.

Rakyat perlu meneliti cadangan dan idea yang dikeluarkan PTPTN di laman sesawang dan jika tidak bersetuju, mereka boleh melontarkan pandangan pada ruangan yang disediakan.

Sumber: Syed Saddiq