berita

‘Mereka Yang Sudah Beli Tiket Penerbangan & Bas Ekspres Boleh Pulang’ – MKN

January 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasa bermula 12.01 tengah malam ini bagi mengatasi lonjakan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan. Pelaksanaan itu melibatkan enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. M

Artikel berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Sehubungan dengan itu, kerajaan memberi tempoh kepada orang ramai yang berada di kampung halaman, supaya pulang semula ke rumah mereka selewat-lewatnya Jumaat ini.

Kelonggaran turut diberikan

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelonggaran tersebut diberikan selepas berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tambah beliau, kelonggaran turut diberikan kepada mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres namun, perjalanan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok.

Kelonggaran hanya akan diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu (kerana) ada yang saya difahamkan, melawat keluarga yang sakit di hospital dan akan pulang dua hari lagi, iaitu Khamis misalnya. Maka saya sudah bincang dengan PDRM, kes tertentu seperti ini dibenarkan (rentas negeri).

Jadi jangan bimbang kalau mereka terperangkap di kampung seperti dulu, masa PKP dulu sehingga kita terpaksa buat program khas untuk benarkan yang terperangkap balik, cuma, yang mana ada di kampung dan belum pulang saya harap pulang segera paling lewat pun Jumaat ini.

Beliau juga berharap tiada individu yang terperangkap di kampung selama dua minggu ketika tempoh PKP 2.0 dilaksana, selepas kelonggaran itu diberikan.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×