berita

Michael Ang Mohon Stesen TV Beri Kelonggaran Tukar Pelakon Sekiranya Artis ‘Tak Nak’ Ambil Vaksin

July 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon dan pengarah terkenal iaitu Michael Ang memberi cadangan kepada semua anak seni supaya mengambil vaksin bagi memudahkan urusan penggambaran kelak. Bukan itu sahaja, kesemua krew pihak produksi perlu melakukan hal yang sama bagi mengelakkan sebarang kluster baru wujud di negara ini.

Artikel berkaitan: ‘Sampai Tokong Cina Pun Tak Boleh Bertahan Dengan Covid & PKP Ni’ – Michael Ang

Artikel berkaitan: Michael Ang Tegur Rakyat Malaysia Jangan Memilih Kerja

Minta kerajaan bagi ‘shoting’ balik

Dear Finas Malaysia dan persatuan-persatuan industri kreatif. Hari-hari baca korang minta kerajaan bagi shooting balik. Good move! Tapi to move forward apa langkah-langkah untuk pastikan industri kita bukan penyebab wujudnya kluster baru?

Menurut Michael Ang, dia memberi pujian buat persatuan-persatuan industri kreatif di Malaysia kerana menggesa pihak kerajaan supaya industri tersebut kembali ‘hidup’ seperti biasa. Namun begitu, Michael Ang memberi cadangan supaya pihak bertanggungjawab berusaha untuk mendapatkan vaksin buat para pelakon dan krew produksi yang terlibat sekiranya industri tersebut kembali aktif.

Langkah berjaga-jaga

Kerajaan dah ambil langkah yang kilang dan pejabat nak buka kena vaksin pekerjanya dulu. Saya pasti kalau kerajaan nak bagi kita shooting, vaksin akan jadi perkara utama yang akan dilihat. Tak nak vaksin duduk rumah!

Ujar Michael Ang lagi, pengambilan vaksin dalam kalangan anak seni merupakan perkara utama yang bakal dilihat oleh pihak kerajaan seandainya industri seni dibenarkan ‘shooting’. Oleh itu, Michael Ang berharap pihak stesen televisyen memberi kelonggaran kepada pihak produksi untuk menukar pelakon sekiranya ada dalam kalangan selebriti yang mereka mahukan tidak mengambil vaksin.

Di akhir posting tersebut, Michael Ang memberitahu bahawa cadangan tersebut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan bersama demi kebaikan masyarakat Malaysia yang lain.

Sumber: Michael Ang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×