berita

Michael Ang Selar Individu Rakam Orang Tak Boikot – ‘Niat Murni Dah Jadikan Kau Macam Isr***’

November 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Michael boikot

Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyelar tindakan segelintir individu bertindak merakam dan mengecam mereka yang tidak memboikot barangan dari Israel.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Daniyal Tampil Beri Pendapat & Penjelasan – ‘Nak Boikot Ikutlah Ulul Amri, Jangan Membabi Buta’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Dakwa Isra** Godam Laman Web Semak Barangan Yahudi – ‘Mereka Dah Cuak Ramai Mula Boikot’

Pendapat Michael isu boikot

Michael boikot

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Michael berpendapat tindakan melabel individu yang tidak memboikot sebagai seorang yang tidak sensitif terhadap isu peperangan di Palestin adalah tidak wajar.

Tengok dekat TikTok meriah orang-orang buat video dan post pasal kaum muslim masih makan dekat restoran yang si perakam nak boikot.

Dalam pada itu, Michael turut mendakwa terdapat juga segelintir individu yang menggunakan bahasa kesat ketika menulis kapsyen di media sosial.

Serius, perlu ke buat macam tu? Kau nak boikot kau boikot la kenapa nak buat video macam buka aib yang makan tu? Dan kapsyen bahasa lagi sial daripada orang Israel.

Menurut pengarah filem Kimchi Untuk Awak, tindakan memboikot sesuatu jenama adalah hak setiap individu selain menggesa perbuatan melampau tersebut perlu dihentikan.

Mana kau semua tahu mereka tak sokong Palestin dan mereka tak buat apa-apa untuk Palestin? Berhentilah nak tunjuk kau tu macam ‘ter’ Palestin sekali.

Kalau aku orang dalam video tu memang aku saman kau. Niat murni kau orang nak berboikot sekarang dah menjadikan kau macam orang Israel. Paksa orang ikut tekak kau!

Sumber: Instagram Michael Ang 

SKIP THIS AD ×