berita

‘Saya Cakap Perkara Benar, Tak Perlu Takut Hilang Punca Rezeki’ – Nadhir Nasar Tetap Lantang Pertahankan Pales***

October 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

nadhir nasar

Pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar dilihat antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial berhubung isu peperangan antara Palestin dengan Israel.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Tak Lupa Saudara Islam, Sharif & Syaiful Zero Sumbang Sebahagian Wang Hadiah RM10,000 Kepada Palestin

Artikel Berkaitan: ‘I Stand With Palestine!‘ – Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas

Tanggungjawab sebagai insan

nadhir palestine

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata dia sama sekali tidak tergugat andai tindakannya menyuarakan isu peperangan tersebut memberi kesan terhadap kerjaya.

Kalau ada yang rasa takut disekat oleh mana-mana jenama, apa yang saya boleh katakan semua itu hanya sementara. Apa yang kita miliki ini sementara sahaja.

Jadi perjuangan yang saya buat ini adalah untuk perjalanan saya lebih jauh lagi. Saya harus lakukan perkara ini.

Saya ada platform dan pengaruh maka saya perlu bercakap perkara yang benar. Tak perlu takut hilang punca rezeki.

Menurut pelakon drama Projek: High Council itu, media sosial adalah platform paling mudah untuk menyebarkan sokongannya terhadap saudara sesama Islam selain kelebihan mempunyai ramai pengikut.

Apa lagi yang boleh saya buat? Kalau nak pergi berperang, adakah iman saya sudah cukup kuat? Ini sahaja cara saya untuk tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam di sana.

Kita tidak boleh bercakap soal ke mana atau hak asasi kerana ia sudah tertulis begitu. Jadi dalam isu ini kena pilih pihak mana yang kita nak sokong.

Nadhir berkata demikian pada sidang media drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, aktor berusia 27 tahun tersebut berkata dia sama sekali tiada masalah andai sokongan yang diberikan oleh sesetengah selebriti terhadap Palestin bersifat sementara.

Tak kisahlah jika seseorang selebriti untuk sokong secara bermusim. Buat baik sedikit pun sudah cukup daripada tidak melakukan apa-apa.

Terdahulu, rata-rata ramai artis tempatan dilihat menyatakan solidariti mereka terhadap isu peperangan tersebut dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim tentera Israel.

Untuk info, drama yang dibintangi Nadhir tersebut adalah berkisar tentang percintaan yang turut menampilkan Hael Husaini serta Qasrina Karim sebagai watak utama.

SKIP THIS AD ×