
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang tidak berasa malu untuk mengakui pernah menjalani pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai potong usus.
Artikel Berkaitan: Michael Ang Serik Bagi Pinjam Duit, Harap Jurugaya Segera Lunas – ‘Dia Hutang Saya Sembilan Tahun’
Masalah kesihatan
Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Michael, 49, berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat doktor selepas dia mengalami beberapa masalah kesihatan serius seperti diabetes dan gangguan tidur.
Saya potong sebab ada masalah kesihatan, bukan potong sebab nak kurus semata-mata. Saya potong sebab hampir kena diabatik (masalah kesihatan akibat diabetes tidak terkawal) tahap satu.
Saya juga ada masalah sleep apnea (susah bernafas ketika tidur). Selepas pembedahan, saya tiada kesan sampingan. Perut tak pendek, hanya usus jadi pendek.
Doktor akan bagi cadangan untuk potong jika seseorang itu ada penyakit, kalau doktor suruh potong sebab kau malas pergi bersenam, jangan percaya doktor.
Dalam masa sama, pengarah drama Suri Hati Mr. Pilot itu turut berasa lucu apabila masih ada pihak yang tidak tahu dirinya sudah menjalani pembedahan tersebut.
Aku ingat satu Malaysia dah tahu yang aku potong usus. Masih ada yang tanya saya kurus sebab apa. Saya diet bagaimana, lambat lagi nak diet.
Saya potong dalam 80 peratus daripada saiz asal, dulu perut saya besar sekarang dah kecil. Saya hanya boleh makan sedikit sahaja, tapi berulang kali. Berat badan turun, sebelum itu sekitar 140 hingga 150 kg.
Sumber: TikTok