Seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan dan cuba membunuh isterinya.

Artikel Berkaitan: Pemilik Kedai Telefon Dib*nuh Dengan Tukul, Mayat Disorok Dalam But Kereta

Artikel Berkaitan: Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’

Lelaki dihukum penjara

Memetik laporan Al-Hijrah, lelaki tersebut dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Seksyen Kangar, Perlis di mana Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid telah menjatuhkan hukuman tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan.

Tertuduh Mohd Hasmi Mohd Salleh, 39, didakwa melanggar isterinya Norzuraida Don Khodet, menggunakan sebuah kereta Proton Wira Aeroback di Jalan Haji Hamid, Kampung Jelempok, Arau pada pukul 3.25 pagi, 20 September 2025.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda.

Dalam masa sama, Mohd Hasmi juga didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dengan menumbuk lengan sehingga lebam sebelum kejadian tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan manakala tertuduh pula telah diwakili oleh Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Widyaevasari Mohd Kanifiah.

Pertuduhan bagi kesalahan tersebut dikemukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Bagi pertuduhan mencederakan isteri tertuduh dijatuhkan hukuman penjara setahun, manakala pertuduhan cubaan membunuh dia dikenakan hukuman dua tahun penjara.

Kedua-dua hukuman tersebut diperintahkan untuk dijalankan serentak bermula tarikh tangkapan pada 21 September 2025.

Sumber: Berita Al-Hijrah