Perunding kewangan, Mickey Ayo, berkongsi kisah ringkas tentang bagaimana bermulanya perkenalannya dengan pelakon terkenal, Nora Danish.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mickey Ayo Buat Trend Lagu ‘Kacamata’ Afgan, Comel Respon Nora Danish

Artikel Berkaitan: Mickey Ayo ‘Like’ Netizen Komen Minta Jaga Nora Danish Dengan Kasih Sayang

Kisah perkenalan

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Mickey yang juga duda anak dua, menepis dakwaan perkenalan mereka bermula di media sosial.

Macam mana saya kenal Nora? Yang pasti, bukan melalui Instagram. Kami memang tidak pernah saling mengikuti di Instagram.

Saya gurau bila saya cakap saya block Nora. Hakikatnya, tiada siapa pun yang block sesiapa. Itu hanya gurauan.

Menjelaskan lebih lanjut, Mickey berkata perkenalan mereka berlaku secara santai melalui rakan-rakan mereka.

Saya cerita sikit saja. Kami berkenalan melalui kawan. Kami keluar makan beramai-ramai dengan kawan-kawan dan dari situlah kami mula saling mengenali.

Dari situ perkenalannya. Apa-apa pun doa yang baik-baik.

Ketika ditanya sama ada Nora mudah merajuk, Mickey berseloroh mengatakan pelakon drama Puteri itu mempunyai hati yang keras.

Dia tidak kuat merajuk. Dia mempunyai heart of steel.

Sumber: TikTok