![[VIDEO] Mickey Ayo Buat Trend Lagu ‘Kacamata’ Afgan, Comel Respon Nora Danish](https://asset.ohbulan.com/2025/11/mickey-ayo-dua.jpg)
Perunding kewangan, Mickey Ayo mencuri tumpuan apabila memuat naik video menggunakan lagu trending yang sedang tular di TikTok pada ketika ini iaitu Kacamata nyanyian Afgan.
Artikel Berkaitan: Mickey Ayo ‘Like’ Netizen Komen Minta Jaga Nora Danish Dengan Kasih Sayang
Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’
Nora Danish komen

Apa yang lebih mencuri perhatian, apabila pelakon, Nora Danish tampil meninggalkan komen pada video tersebut sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Nora sempat berseloroh mengakui dia tidak kisah sama ada Mickey tampil berkaca mata atau sebaliknya.
Dua-dua okay.
Komen tersebut kemudiannya menuai perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa tidak sabar mahu melihat Nora dan Mickey disatukan pada masa akan datang.
Terdahulu, timbul dakwaan pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif sudah menemui pengganti selepas setahun bercerai dengan bekas suami, Mohamad Nedim Nazri.
Dakwa netizen, Nora kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka berstatus duda dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Sehingga kini, tiada penjelasan yang diberikan daripada kedua belah pihak berhubung dengan status hubungan mereka.
Pun begitu, para peminat mendoakan yang terbaik selain merestui dan menginginkan pengakhiran baik buat mereka.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)