Atas dasar persahabatan terhadap pelakon Aedy Ashraf, perunding kewangan, Mickey Ayo berbesar hati untuk memberi tiket filem Tarung percuma kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Kembali ‘Single’, Sudah Putus Dengan Mickey Ayo

Artikel Berkaitan: Reunion ‘Mawi & Ila’, Fatin Afeefa Bangga Lihat Kejayaan Aedy Ashraf 

Sahabat Mickey

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Mickey mengimbas kembali detik awal persahabatan mereka yang terjalin sejak 11 tahun lalu.

Seiring waktu, Mickey melihat perkembangan Aedy sebagai anak seni, yang membuatkan dirinya bangga terutama selepas penghasilan filem tersebut.

11 tahun lepas aku kenal Aedy, masa itu aku buat part time jadi runner production, kena ambil dan hantar artis.

Disebabkan penggambaran dekat dengan rumah aku, jadi sepanjang penggambaran, dia tidur rumah aku je.

Pejam celik, hari ini kau dah jadi pengarah dan penerbit.

Daripada filem ini aku dapat lihat hasil kerja keras kau. Aku rasa bangga dengan pencapaian kau ini.

Justeru, Mickey meluahkan hasrat untuk menempah dewan pawagam dengan memberikan sebanyak 1,000 tiket percuma filem tersebut kepada para peminat sebagai tanda sokongannya kepada Aedy.

Difahamkan para peminat yang bertuah bakal menonton filem tersebut pada malam ini bersama-sama barisan pelakon.

Jadi, untuk kau Aedy, esok (hari ini) aku tempah lima hall untuk 1,000 pax. Aku belanja sesiapa yang nak lihat hasil tangan kau.

Dalam hantaran terbaharunya, Mickey memaklumkan tiket tersebut telah habis dan meluahkan rasa teruja untuk menonton filem itu bersama mereka.

Gilalah penangan Tarung, 1,000 tiket habis macam tu je.

Jumpa nanti, pakai yang handsome dan cantik.

Sumber: Threads