
Penyanyi Mila Jirin menzahirkan rasa syukur apabila kembali dengan single terbaharu selepas lebih sedekad memberi tumpuan kepada dunia keusahawanan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Mila Jirin Gagal Dalam Industri Seni, Ini Respon Tuan Badan – ‘Inilah Masanya Untuk Saya Kembali…’
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Tangguh Kahwin Kerana Bajet’ – Mila Jirin Ringankan Beban Anggota Polis Rai Hari Bahagia Tanpa Stres Kewangan
Komposer Indonesia

Ketika ditemui OhBulan!, Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla Jirin, 39, menjelaskan keputusannya mendapatkan khidmat komposer dari Indonesia, Ilham Baso, bagi menghasilkan single terbaharunya.
Menurut Mila, dia sudah menghubungi ramai komposer di Malaysia namun sehingga kini belum berpeluang bekerjasama.
Sebenarnya saya ada mesej ramai (komposer Malaysia) tapi belum diizinkan, mungkin belum tiba masanya.
Moga selepas ini ada rezeki saya berkolaborasi dengan komposer Malaysia.
Mila berkata demikian ketika Majlis Perlancaran Lagu Tersimpan Dalam Hati di Bizmilla, Subang Jaya, pada Jumaat.
Mengulas lanjut mengenai kemunculannya semula, pelantun lagu Tersimpan Dalam Hati itu percaya setiap perancangan Allah berlaku pada waktu yang telah ditetapkan.
Ada ketika saya sendiri tertanya-tanya sama ada impian untuk kembali menyanyi masih ada ruang dalam hidup saya.
Tetapi saya percaya, jika sesuatu impian itu benar-benar ikhlas, Allah akan menemukan jalannya pada waktu yang paling tepat.
Tersimpan dalam hati menjadi pembuka tirai kepada projek kemunculan semula Mila yang akan disusuli dengan beberapa buah lagu baharu pada masa akan datang.
Dalam masa yang sama, Mila memaklumkan dia sedang dalam proses menyiapkan album terbaharu yang diterbitkan sepenuhnya oleh suaminya, Ailis Mustapha menerusi Bizmedia Marketing.
Album berkenaan bakal menampilkan hasil ciptaan gabungan komposer terkenal dari Malaysia dan Indonesia, sebelum dijangka menemui peminat pada penghujung tahun 2026.






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
